Friday, 23 November 2012

Kenapa Lelaki Suka Lelaki

lelaki
Kenapa lelaki suka kepada lelaki. Di mana-mana sahaja kita sering atau acapkali melihat kemesraan yang luar biasa di antara dua lelaki. Yang mana ia boleh mengundang syak wasangka kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.

Apabila di tanya kepada empunya diri kenapa suka akan lelaki dan hanya lelaki sahaja yang tahu kenapa lelaki suka kepada lelaki.  Jika kita selidik terlalu banyak persoalan ada yang kata itu ini bergitu bergini sampai ke penghujungnya kita sendiri tidak mengetahui jawapan yang pasti.

Terdapat pelbagai faktor yang menjadi punca terjebaknya cinta kaum sejenis antaranya adalah seperti berikut:-

Semasa di dalam kandungan
Ibu-ibu yang mengandung terlalu mengharapkan kelahiran anak lelaki dan cuba menidakkan ketentuan Tuhan dan akan memberi kesan kepada bayi yang dikandungnya.



Tiada adik beradik perempuan
Faktor tiadanya adik beradik perempuan juga boleh mengundang seseorang lelaki itu suka akan lelaki yang lain.Apabila seseorang yang telah biasa bergelak ketawa dengan lelaki dan agak janggal untuk bergelak ketawa dengan perempuan kerana tidak biasa.

Naluri semulajadi
Ada lelaki yang dilahirkan dengan memiliki beberapa persamanaan dengan perempuan seperti lelaki lembut,bersifat feminim baik darisegi perbuatan mahupun percakapan.

Pernah dikecewakan
Ada juga lelaki yang cepat fobia di mana apabila seorang lelaki itu yang pernah mengalami kesedihan yang melampau akibat dikecewakan oleh wanita.

Meluat dengan perangai wanita
Ramai lelaki beranggapan wanita membebankan di mana kehidupan seharian wanita yang cepat merajuk,tiada kerjasam dan kurangnya tolak ansur. Di mana lelaki merasakan dirinya di kontrol. Kerana lumrah kehidupan seorang lelaki yang sukakan kebebasan

Keadaan sekeliling
Persekitaran juga boleh mengudang kecederungan lelaki suka lelaki contohnya apabila sekolah atau asrama yang didiami seratus peratusnya di diami oleh lelaki. Dan apabila timbulnya perasaan sayang atau kasih itu terpaksa di curahkan kepada kaum sejenisnya iaitu lelaki. Memang pada mulanya ianya seakan terpaksa tetapi apa akan berlaku apa masa akan datang. Adakah terpaksa atau merelakan?

Bergitulah  beberapa punca yang dapat dikongsikan dan jika ianya dapat membantu mengenalpasti kenapa lelaki suka lelaki


No comments:

Post a Comment