Tips menulis ebook boleh di bahagikan kepada beberapa fasa antaranya iaitu:-
Langkah pertama : Lakukan kajian mengenai tajuk yang ingin di tulis.
yang anda mahu tulis tetapi tulis apa yang orang mahu anda tulis.Selepas anda
membuat keputusan untuk menulis mengenai apa, anda lakukan kajian di internet mengenai tajuk anda itu.
Cari maklumat yang terbaru dan yang paling menarik mengenai tajuk anda kemudian
tuliskan ia di dalam ebook anda. Sebagai panduan, anda boleh senaraikan rumusan
mengenai ebook anda sebelum anda menulis ebook anda
Langkah Kedua : Tulis pendahuluan ebook.
Selepas melakukan kajian, langkah pertama adalah menulis pendahuluan ebook.
Pendahuluan akanmempengaruhi keseluruhan ebook anda. Pendahuluan juga akan
mempengaruhi minda pembaca. Semasa anda menulis pendahuluan untuk ebook anda,
anda perlu setkan di dalam minda anda bahawa pendahuluan adalah untuk
memberi kefahaman kepada pembaca mengenai keseluruhan ebook anda.
Langkah ketiga : Fokus idea pada setiap bab
Untuk memudahkan anda menulis, anda boleh fokus satu idea pada satu bab.
Jika di dalam idea tersebut terdapat beberapa idea kecil, anda boleh wujudkan
beberapa bahagian di dalam bab tersebut. Adalah lebih mudah untuk fokus pada
satu idea supaya anda boleh beri yang terbaik untuk setiap topik yang anda tulis.
Satu idea untuk satu bab akan memberi struktur yang bagus pada ebook anda.
Pembaca akan lebih memahami apa yang anda sampaikan . Pendahuluan ebook
adalah berkisarkan keseluruhan idea manakala setiap bab pula mengandungi satu idea.
Ini, akan memberi kepuasan kepada pembaca ketika membaca ebook anda.
Langkah Keempat : Satukan semua bab dan tulis penutup.
Proses terakhir menulis ebook adalah satukan semua
bab dan tulis penutup. Penutup berkisarkan rumusan bagi
keseluruhan idea yang ada di dalam ebook anda.
Pada penutup, anda ulang semula idea utama anda.
Kemudian, anda lakukan rumusan bagi setiap bab. Ini memudahkan
pembaca untuk ingat kembali apa yang mereka baca di dalam ebook anda.
Selepas siap proses ini, makan ebook anda sudah siap dan sudah boleh
di pasarkan kepada pengguna.
Proses menulis ebook adalah mudah sahaja. Apa yang penting di dalam
penulisan adalah anda memberi kefahaman kepada pembaca ebook.
Jika pembaca faham apa yang anda tulis, ebook anda sudah berada dalam keadaan baik.
Ebook bukan buku, jadi tiada nilai sastera di dalamnya. Anda sampaikan apa yang perlu
sahaja tanpa perlu memanjangkan ebook anda dengan maklumat yang tidak berfaedah.
No comments:
Post a Comment