Buat duit tanpa modal boleh ke? Bagi pendapat saya di zaman serba moden ini dan ramai orang yang bijak pandai sudah pasti ianya boleh menjana pendapatan tanpa mengeluarkan sebarang modal.
Lebih-lebih lagi manusia yang celik IT, percayakah anda jika saya katakan pada hari ini remaja yang masih lengkap berpakaian seragam sekolah telah mampu menjana pendapatan tanpa sekatan dan kadang-kadang pendapatan beliau melebihi dari apa orang dewasa dapat.
Kenapa saya berkata demikian?
Dengan kecanggihan teknologi pada hari ini tiada sebarang kemungkinan seseorang itu tidak dapat menjana pendapatan walau satu sen di internet kecuali apabila seseorang yang dijangkiti dengan penyakit M. Penyakit M maksud saya di sini adalah penyakit malas. Buat duit tanpa modal juga sentiasa di cari atau di selidiki oleh ramai orang di luar sana bagi memantapkan lagi sumber pendapatan.
Disini saya kongsikan peluang yang boleh anda sertai untuk tujuan menjana pendapatan sampingan.
- Dropship- dropdship adalah salah satu perniagaan alaf baru di mana saya atau anda hanya perlu buat promosi kepada sesiapa sahaja dengan hanya dapatkan gambar produk daripada dropshipper. Ianya kebiasaannya adalah percuma.
- Affiliate- affiliate adalah satu kerja yang amat mudah di mana anda hanya perlu lakukan promosi ataupun pemasaran secara online. Anda hanya perlu turut serta apabila IM membuka peluang tersebut
- Buat servis untuk tulis artikel
- Buat blog atau website
- Atau gunakan kepakaran atau hobi anda untuk menjana wang
Senarai di atas adalah perkara-perkara yang lakukan tanpa mengeluarkan sebarang modal.

No comments:
Post a Comment