Wednesday, 21 November 2012

Anak Nakal Salah Ibubapa

anak

Anak nakal salah ibubapa? seringkali kita mendengar ibu dan bapa merungut tentang kenakalan anak-anak. Walhal ibu bapa seharusnya menyelidiki diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyalahkan anak-anak.

 Tahukah anda terlalu banyak faktor kenapa dan mengapa anak-anak kita menjadi seorang yang tidak mendengar kata dan nakal. Antara faktor utama ibu bapa harus dan wajib selidik punca utama rezeki yang diberi makan kepada anak-anak sehingga menjadi darah daging anak-anak itu sendiri.
Sekiranya punca rezeki yang kita beri itu tidak halal dan berkat bagaimana kita boleh yakinkan anak kita akan menjadi anak yang baik. Bagaimana kita boleh yakinkan anak kita menjadi anak yang mendengar kata dan sebagainya.
Faktor berikutnya adalah tingkahlaku ibubapa itu sendiri. Setiap tingkahlaku dan perbuatan kedua ibubapa akan dicontohi oleh anak-anak dan bagaimana kita boleh yakinkan anak-anak supaya menjaga tingkahlaku dan beradab sopan sedangkan kita juga melakukan benda yang sama.
Bergitu juga tentang keharmonian sebuah keluarga sebaiknya terapkan nilai-nilai murni serta utamakan kehidupan berlandaskan Islam. Jika kita mengamalkannya Insyaallah tiada perkara negatif yang akan berlaku.

Islam juga melarang kita melaknati anak  sendiri terutamanya ibu kerana apabila seseorang ibu sedang marah,ibu itu sendiri akan merungut serta mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anak tersebut tanpa disedari. Benarlah apa yang dikata setiap patah perkataan yang keluar dari mulut ibu adalah doa. Tahukah apa hebatnya doa seorang ibu?. Masyaallah..ibu..ibu.. jangan lakukan sedemikian rupa terhadap anakmu ini.

Ibubapa juga harus ingat kadang-kadang anak yang nakal ini adalah ujian dari Allah untuk menilai tahap kesabaran seseorang. Tidak semestinya anak yang nakal semasa kecil tidak akan menjadi anak yang berguna apabila besar nanti kerana kita tidak tahu perancangan Allah kadangkala anak yang nakal semasa kecil adalah anak yang menjadi permata hati kedua ibubapa kelak.

Pesanan untuk ibubapa dan juga saya sendiri.Banyakkan berdoa,solat hajat serta bersedekah Insyaallah segala kesulitan dan impian yang kita hajati akan tercapai. Didunia ini tidak akan ada jalan yang singkat untuk mencapai impian sebagaimana menanggani anak yang nakal ini. Kepada ibubapa dan saya sendiri kadang-kadang pasti akan tertanya di mana silapnya didikan sehingga perlu difikirkan kembalai adakah anak nakal salah ibubapa.


No comments:

Post a Comment