Duit baru atau duit lama,yang mana anda pilih? Jika di tanya kepada saya sudah pasti saya memilik kedua-dua jenis duit tersebut.
Kenapa saya memilih kedua-dua duit tersebut?
Mudah jawapannya adalah kerana kedua-duanya mempunyai nilai tersendiri.
Apakah keistimewaan duit tersebut?
Soalan yang tidak perlu difikir untuk menjawab sudah pastilah ianya boleh digunakan untuk urusan jual beli.Atau dengan lebih tepat lagi memudahkan urusan harian.
Nilai sebenar bukannya terletak pada nilai duit tersebut tetapi nilainya adalah terletak bagiaman kita menguruskan duit tersebut. Adakah ianya di salurkan dengan sebaiknya atau sebaliknya.
Tahukah anda dengan satu nilai duit tersebut boleh membeli hati manusia? hati manusia pada zaman sekarang sememangnya memandang akan duit. Lagi banyak duit seseorang akan di labelkan sebagai orang kaya. Siapa yang tidak mahu berbaik dengan orang kaya? sudah pastilah mahu jawapannya.Walau diri sendiri tidak berduit apabila berkawan dengan orang yang berduit tempiasnya akan terkena kepada kita. Siapa yang bangga? anda sendiri yang tahu jawapannya dan biarlah jawapan saya hanya saya sahaja yang tahu.

No comments:
Post a Comment