Wednesday, 28 November 2012

Strategi Pemasaran MLM Masa Kini

MLM
Strategi pemasaran MLM masa kini. Multi level marketing(MLM)  atau pemasaran bertingkat.
 
 Bila sebut sahaja MLM ramai orang fobia dan ramai juga sahabat melarikan diri. Bukannya apa tetapi takut apabila sahabat mengajak untuk sertai MLM.
 
Kebiasaannya kita akan mendengar tak ke mana MLM ni sekejap je lepas tu lesap. Ramai orang gagal dalam MLM dan ramai juga orang takut untuk sertai MLM.
 
Tahukah anda terdapat beberapa punca kegairahan utama yang menyebabkan ramai orang kecundang di tengah jalan. Puncanya amat mudah apabila ada yang beranggapan MLM ni senang, goyang kaki je biar orang bawahan cari orang.Itulah punca utama orang GAGAL dan kepercayaan terhadap sistem ini semakin lama semakin terhakis.
 
Perbezaan MLM dulu dan kini
 
Jika dahulu seseorang perlu mencari downline atau orang bawahan dari rumah ke rumah.
Perlu membawa barang yang berbeg-beg banyaknya.
Perlu tampal iklan di dinding telefon awam.
Mesti pandai bercakap dan pandai 'closing'
 
Tetapi kini amat mudah semuanya secara teknologi yang canggih ini. Cukup setupkan satu website autodownline dan buat promosi. Tidak pandai bercakap pun dah boleh berjaya menarik minat orang lain untuk sertai MLM ini. Kerana website tersebut telah menceritakan dari awal hingga akhir baik dari segi produk hinggalah kepada pelan pemasaran.
 
Kenapa GAGAL dalam MLM
 
Kebanyakkan orang gagal adalah disebabkan UPLINE yang berkaliber dan  biarkan orang bawahan terkapai-kapai tanpa arah tuju yang jelas dan bermatlamat.
 
Kebanyakkan pada masa kini pelan pemasaran yang tidak cemerlang dan kedudukan kewangan syarikat yang tidak kukuh.
 
Kebanyakkan produk yang dihasilkan tidak menepati citarasa atau standard yang diperlukan.
 
Bagaimana untuk BERJAYA
 
Perlu memahami apakah itu MLM yang sebenarnya dan perlu mengetahui kehebatan atau keberkesanan sesuatu produk.
 
Perlu mengetahui secara total berkenaan dengan pelan pemasaran.
 
Perlu menjadi pengguna kepada produk tersebut supaya memudahkan anda mengetahuinya secara detail baik darisegi kebaikan dan kesan penggunaan produk tersebut.
 
Dimana harus BERMULA
 
Jika anda ingin bermula dan berjaya sila email kepada suasa7@gmail.com untuk mengetahui dengan lebih detail mengenai peluang dan ruang MLM ini. Tahukah anda sesuatu peluang yang baik biasanya ia datang ketika kita tidak berduit dan belum bersedia dan anda harus yakin strategi pemasaran MLM masa kini lebih releven.
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment